Want your
own Fotopage?







 
Ayah Ummu's fotopage

By: Alawi Aisyah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Dec-2007 03:35 Email | Share | | Bookmark
JB lagi

Ummi
kami
boring nih..
 
 
 
 
 
 
View all 32 photos...
7 - 9 Dis 2007

Wahahah.. macam dah tak ada tempat lain nak gi kan.. heheh.. actually bukan gi sajer sajer.. Ayah ada meeting di Seri Malaysia. So.. kami ikut sekali la.. pastu lepas check out on Sunday kami terus ke Persada JB, ada 2nd Homefair '07. Ingatkan tak nak beli aper2.. tapi terrrbeli plak.. heheheh.. tak sabar plak rasa nak pindah umah baru!

Boring punyer pasal.. Aisyah jadi mangsa


Kat sini tak jumpa pon kolam renang.. taman ader la..

Ummu and the gang


Ikan kap?


Persada JB - ingatkan kat mana.. rupernyer dekat ngat ngan Plaza Kotaraya ..

Care to comment?


Tuesday, 4-Dec-2007 06:50 Email | Share | | Bookmark
Happy birthday 'Alawi (3 Disember) and Aisyah (8 Disember)

 
 
 
 
 
 
View all 29 photos...
Anak-anak Ayah and Ummu dah besaq! 'Alawi dah 2 tahun.. Aisyah dah setahun.. (sabtu nanti). 'Alawi dah lebih dewasa.. . Dah tak ngamuk2 lagi.. dah pandai sayang adik.. Aisyah? Hmmmmmm.. agaknya proses tumbuh gigi kot.. tak pon terlebih manja. Asyik nak kena ulit diaaa jer..

Ke Carrefour.. main di playland.. (2 Disember 2007)


Taknak turun dari keretapi


Sambut birthday di nursery (4 Disember 2007)

Kek Ummu beli.. heheeh.. takde gaya kek bebudak pon?


Nak potong kek


Birthday boy


Birthday girl

Care to comment?


Thursday, 29-Nov-2007 10:03 Email | Share | | Bookmark
Zenxin Organic Park

 
 
 
View all 8 photos...
Hari Isnin lepas kerja.. ingatkan nak ke Kluang.. survey untuk renovation rumah. Sampai separuh jalan.. 'Alawi ngamuk2 nak keluar dari car seat. Langsung Ayah masuk ke Zenxin Organic Park. Luassss.. saujana mata memandang. Kalah ladang tea Cameron eheheh..

Dragon fruit trees


Ikan-ikan talapia merah.. geram tengok


'Alawi tengok rabbit


Aisyah tu nak picit rabbit ape?

banun...eh lama xdgr berita....ada email add x?leh kita cntct2....nak num phone sekali...cane leh termasuk kat fp mimi?
Fri 30-Nov-2007 06:54
Posted by:mimi
senang2 email mimi kat mimimuhamad@yahoo.com ek....
Fri 30-Nov-2007 07:52
Posted by:mimi
Add comment


Monday, 12-Nov-2007 05:03 Email | Share | | Bookmark
Ziarah rumah Lindar dan Suziah

 
 
 
View all 4 photos...
Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke UTM, akhirnya pergi juga. Tujual asal untuk kerana nak ke jemputan kahwin anak ex-pengarah PPS di Sri Pulai, alang-alang dah sampai sana, terus ke rumah Lindar di H10. Mek ni jadi felo di Kolej Tun Fatimah.. (teringat zaman-zaman dolu bila tengok semula asrama). Ummu dulu masa mula-mula daftar UTM, dapat duk KTF lah.. H11. Bila tunjuk kat Ayah bilik pertama Ummu, dia gelak jer.. konpius den menda apa yang lucunyer?

Lepas lepak dan solat di rumah Lindar, kami bertolak ke rumah Suziah di Taman Rinting, Pasir Gudang. Dek kerana kalut ngan anak-anak lupa nak snap gambar. Apa-apa pun.. seronok jumpa geng lama! Masing-masing dah kahwin dan ada anak.. kalaulah nak ingat zaman dulu.. hahahah..


Care to comment?


Saturday, 13-Oct-2007 21:07 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 1428 H

 
 
 
View all 20 photos...
Aidilfitri tahun ini.. kami sambut amatlah sederhana memandangkan tak balik ke mana-mana. Giliran Ayah tugas pula tahun nih. Tetapi memandangkan Ummu tak boleh join cuti Ayah minggu depannye.. Ayah hantar Ummu balik Pahang dulu raye ke 3 then baru kami balik ke Negori. Dah 3 tahun, dah biasa tak raya dengan Emak dan Ayah, so tidaklah sayu sangat macam mula2 kahwin dulu.. .

Poyosss saje muka memasing.. nak gi raye umah saper nih? Semua kengkawan balik kampung

Care to comment?


Monday, 27-Aug-2007 03:37 Email | Share | | Bookmark
Cuit-cuit Malaysia

Anggur ada
Strawberry ada
NBR pon ada..
View all 151 photos...

>> mmg best dpt bercuti dgn keluarga mcm ni...
>> penuh dgn kemesraan & kenangan...
Mon 27-Aug-2007 05:18
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Saturday, 2-Jun-2007 21:53 Email | Share | | Bookmark
Majlis pernikahan Kakngah

Alhamdulillah.. Emak dan Ayah mendapat seorang lagi menantu lelaki pada 2 June 2007. Yang bestnye.. kedua-dua menantu adalah orang Nogoghi haaa.. Majlis pernikahan pada 2 June 2007 (malam) dan esoknya adalah persandingan. Tahniah.. semoga Kakngah menjadi isteri dan ibu solehah sehingga akhir hayat.. ameen..


Care to comment?


Friday, 8-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ukht Aisyah lahir

Ala
cayang bucuk
garangnyer!!!
View all 11 photos...
Alhamdulillah.. pada 8 Disember 2006 pukul 5.05 am kami menerima anak kedua, Siti Aisyah binti Kamal Izhar. Walaupun jarak adik dan abang yang hanya 1 tahun 5 hari, Ayah dan Ummu sangat sangat gembira dengan kelahiran puteri yang seorang ini dalam keluarga. Berbeza dengan 'Alawi yang lahir hampir 3 minggu lebih awal dari edd, Aisyah lahir hanya 2 hari sebelum edd, dan Ummu sebenarnya dah tak sabar nak bersalin. Hari2 berdoa supaya kelahiran anak kedua ini dipermudahkan.. dan Alhamdulillah, memang sangat mudah. Mungkin jarak anak yang agak rapat.. Lambat sikit jer mungkin Ummu bersalin dalam kereta.

Gambar Aisyah tidak banyak. Mood untuk mengambil gambar sangatlah kurang. Gambar yang ada adalah ikhsan dari handphone angah.. bolehlah.. dijadikan kenang-kenangan.


Care to comment?


Friday, 3-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Melaka

Ni bukan kat Melaka, di parking lot depan pejabat.
 
 
View all 6 photos...
Boring-boring duduk rumah, kami berjalan-jalan sekitar Melaka. Tidakler ke mana-mana sangat sebab pergi pun dah petang. Lepas keluar ikut tol Ayer Keroh, terus ker Taman Mini Malaysia. Dah hampir nak tutup dah pun.. hehheeh. Oleh kerana nak juga pergi, kami bayar jugalah bayaran masuk. Hmmm..

Ayah dan 'Alawi


Gambar tak banyak sangat sebab kami tak berapa suka kamera digital yang kami ader. Gambar tak jelas dan cantik. Tapi dek kerana sayang sebab ada sentimental value, gunalah jugak sikit2. Gambar banyak dalam kamera filem biasa.

Care to comment?


Saturday, 3-Dec-2005 16:36 Email | Share | | Bookmark
Akh 'Alawi lahir

2++ bulan
2++ bulan
2++ bulan
View all 34 photos...
Masha Allah.. pertama kali melihat wajah anak sulung kami, rasa gembira, terharu, tak percaya bercampur baur. Setelah hampir 6 jam berkurung dalam dewan bersalin, akhirnya pukul 3.15 pm baru benar-benar sakit (boring beb!). Akhirnya, tepat pukul 4.36 pm, Muhammad 'Alawi bin Kamal Izhar selamat dilahirkan dengan berat hanya 2.84 kg. Syukur Alhamdulillah. Gambar-gambar ini bukanlah gambar pada hari 'Alawi lahir, tetapi semua gambar sehingga 'Alawi 10 bulan (lebih tepat lagi.. sebelum adiknya lahir).

Ini sahaja kenangan yang ada. Banyak lagi gambar tidak dapat diselamatkan kerana hard disk notebook Ummu rosak..

Jom la singgah kat sini pulak
http://adamadham.fotopages
Thu 23-Aug-2007 12:44
Posted by:Umi  - [Link]
Hai..welcome to fp..nice pic…actually kami mencari bbrp individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah.. utk tempoh promosi blnni pendaftaran hanya RM15 shj.kpd yg berminat sila layari website kami…juz klik link disebelah kanan anda.
Terima kasih
Sat 25-Aug-2007 11:20
Posted by:amd_07  - [Link]
..........................................................................
transfer your picture,logo, artworks to mugs,plate, t-shirt.For wedding,birthday, anniversary,corporate gift and many more... http://kugeeku.fotopages.com/
..........................................................................
Gadgets terkini http://kugeeku-gadgets.fotopages.com/
Sun 26-Aug-2007 04:04
Posted by:nadzri kugeeku@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.